Walaubagaimanapun, nampaknya segala tanggapan netizen serta peminat Lofattah tidak benar sama sekali kerana Neelofa menerusi rancangan MeleTOP semalam dengan nada cukup gembira mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Fazura diatas perkahwinan mereka. Ini jelas membuktikan Neelofa sudah melupakan kisah lalunya bersama Fattah.
Kalau Neelofa sudah boleh meneruskan hidupnya, rasanya peminat tegar Lofattah bolehlah buat perkara yang sama. Tidak perlu lagi kaitkan nama Fattah dengan Neelofa. Doakan yang terbaik buat Neelofa.