(Video) “Turunkan VC!”, Sikap Biadap Graduan Universiti Malaya Ini Dikecam Netizen

Trending

(Video) “Turunkan VC!”, Sikap Biadap Graduan Universiti Malaya Ini Dikecam Netizen

Sekarang ini boleh dikatakan sedang berlangsungnya musim konvokesyen di hampir semua universiti. Pastinya semua graduan ternanti-nantikan majlis ini untuk meraikan kejayaan mereka menamatkan pelajaran.

Baru-baru ini, majlis konvoskesyen di Universiti Malaya dicemarkan dengan insiden graduan melakukan provokasi di atas pentas. Graduan yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaungkan kata-kata “Turunkan VC” selepas menerima skrol ijazahnya.

Advertisement

“Melaungkan kata protes atas pentas, menjerit sambil angkat placard. Mana kesopanan dan kesusilaan kau?”

Advertisement

Video yang tular ini juga turut mendapat kecaman netizen di atas sikapnya itu. Bukan sahaja kerana tindakannya yang dilihat sebagai kurang ajar itu tapi dia juga telah menganggu kelancaran majlis tersebut.

Dia mengeluarkan sepanduk dari poket seluarnya yang tertulis “Why VC must resign” ketika di atas pentas. Proses mengambil gambar di atas pentas juga dilihat sedikit terganggu kerana provokasi yang dilakukannya itu.

Sejurus kejadian itu, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya melancarkan petisyen meminta ijazah milik graduan tersebut ditarik semula. Setakat ini seramai lebih 43,594 yang telah menandatangani petisyen itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Wong Yan Ke yang memalukan dan menuntut tindakan dikenakan kepadanya.”

Netizen juga turut mengutuk tindakan graduan ini yang dilihat tidak menghormati majlis. Tidak salah kalau nak luahkan suara dan pendapat tetapi cara dan tempatnya tidak kena dalam situasi ini.

Sebelum ini juga, Wong Yan Ke pernah mencetuskan kekecohan semasa kedatangan Dato’ Sri Najib Razak di restoran Amjal suatu ketika dahulu. Nampaknya kini kejadian yang sama berlaku lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...