Sekarang ini boleh dikatakan sedang berlangsungnya musim konvokesyen di hampir semua universiti. Pastinya semua graduan ternanti-nantikan majlis ini untuk meraikan kejayaan mereka menamatkan pelajaran.
Baru-baru ini, majlis konvoskesyen di Universiti Malaya dicemarkan dengan insiden graduan melakukan provokasi di atas pentas. Graduan yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaungkan kata-kata “Turunkan VC” selepas menerima skrol ijazahnya.
“Melaungkan kata protes atas pentas, menjerit sambil angkat placard. Mana kesopanan dan kesusilaan kau?”
Bro, you got not common sense is it? Majlis rasmi, dihadiri tetamu kehormat dan ibu bapa. Tahu darah amarah, tapi kau pilih pentas yang salah bro. Melaungkan kata protes atas pentas, menjerit sambil angkat placard. Mana kesopanan dan kesusilaan kau? pic.twitter.com/0FoXXGCTLi
— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Video yang tular ini juga turut mendapat kecaman netizen di atas sikapnya itu. Bukan sahaja kerana tindakannya yang dilihat sebagai kurang ajar itu tapi dia juga telah menganggu kelancaran majlis tersebut.
Dia mengeluarkan sepanduk dari poket seluarnya yang tertulis “Why VC must resign” ketika di atas pentas. Proses mengambil gambar di atas pentas juga dilihat sedikit terganggu kerana provokasi yang dilakukannya itu.
Sudahlah tanpa segan silu beraksi di tengah2 pentas. I feel sorry for the lady taking the scroll after you bro. Aku harap shot dia turun pentas tak terganggu dengan aksi memalukan kau. Such a disgrace and selfish act of yours
— Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) October 14, 2019
Sejurus kejadian itu, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya melancarkan petisyen meminta ijazah milik graduan tersebut ditarik semula. Setakat ini seramai lebih 43,594 yang telah menandatangani petisyen itu.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Wong Yan Ke yang memalukan dan menuntut tindakan dikenakan kepadanya.”
Netizen juga turut mengutuk tindakan graduan ini yang dilihat tidak menghormati majlis. Tidak salah kalau nak luahkan suara dan pendapat tetapi cara dan tempatnya tidak kena dalam situasi ini.
UM punya mgmt jgn buat bodoh pulak bila budak kurang ajar mcm ni. Irregardless bangsa n asal mana, kena ambil tindakan kalau x, lepas ni ada yg baling spenda kat VC pulak. Makin hancur dan munkin perlu di ajar jugak supaya semua sedar dan hormat antara satu sama lain. Salah sapa?
— Zaini RaR (@thegeduhom) October 14, 2019
Ilmu dan adab. Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu.
— Shahir |???? (@shahiramirul_) October 14, 2019
I am so angry!!! Such low class street mentality!!! Saw his FB!! The kind who likes to do street protest!! At this age he is already showing disrespect!!! May be he is Chin Peng great great grandson or somehow connected ????
— Priya Fernandez (@priyafernandez_) October 14, 2019
Sebelum ini juga, Wong Yan Ke pernah mencetuskan kekecohan semasa kedatangan Dato’ Sri Najib Razak di restoran Amjal suatu ketika dahulu. Nampaknya kini kejadian yang sama berlaku lagi.