Sebelum ini viral di rata-rata media sosial mengenai sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang didera oleh seorang wanita dipercayai ibu angkatnya dengan menggunakan batang penyapu gara-gara tidak mahu makan.
Difahamkan, video itu telah berjaya dirakam oleh seorang TikToker dikenali sebagai Aqiel yang juga merupakan pekerja di rumah terbabit.
Tidak tahan melihat kanak-kanak bernama Alia itu terus sengsara dipukul dan didera, Aqiel bersama 4 orang rakannya telah bertindak merakam perbuatan kejam wanita itu secara senyap-senyap untuk dijadikan bukti ketika membuat laporan polis.
Malah, video rakaman itu telah tular dan mendapat perhatian orang ramai yang mahukan keadilan buat kanak-kanak tersebut.
Susulan itu, Aqiel telah meletakkan nombor akaun banknya di Instagram Stories untuk sesiapa yang ingin membantu dengan menderma bagi menanggung kos perbelanjaan dan penjagaan adik Alia.
Bagaimanapun, rata-rata netizen telah mendakwa TikToker berkenaan hanya mengambil kesempatan atas kes dera kanak-kanak itu dan mahu mendapatkan lebih ramai pengikut selepas dilihat sering mengemaskini mengenai berita terkini kes terbabit di laman Instagram miliknya.
Tunggang kes budak kena dera ke tu? Benda boleh update dekat Twitter thread tapi promote IG pulak – netizen.
Namun, ada juga yang memuji TikToker itu kerana berani mendedahkan perbuatan pelaku tersebut sehingga mereka ditahan pihak polis.
“Alia’s abang and kakak are still in the beginning of their youth, almost still children. If it seems “questionable” to my fellow adults on the methods to save Alia, just shut up. At the end of the day, these youth DID SOMETHING. Would you have done anything? #JusticeforAlia,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.