(VIDEO) Tular Warga Asing Mengaku Solat Isyak 17 Rakaat, Ustaz Beri Penjelasan – “”Kita Pakat Gelak Tapi Dia Betul”

Kehidupan

(VIDEO) Tular Warga Asing Mengaku Solat Isyak 17 Rakaat, Ustaz Beri Penjelasan – “”Kita Pakat Gelak Tapi Dia Betul”

Baru-baru ini, tular satu video mempamerkan seorang lelaki warga asing yang menjawab tentang berapa rakaat bagi setiap solat fardhu dan ia telah meraih perhatian warganet.

 

Advertisement

Isyak sampai 17 rakaat

Individu yang bertanya kepadanya itu terkejut apabila warga asing berkenaan menjawab jumlah rakaat yang dilakukannya malah ada yang sehingga berbelas rakaat.

Jawapan yang diberikan olehnya, solat Subuh empat rakaat, zohor 12 rakaat, asar empat rakaat, maghrib pula sebanyak lima rakaat manakala isyak 17 rakaat.

 

Itulah Mazhab Hanafi

Bagaimanapun, seorang lelaki tampil memberikan penjelasan lanjut selepas video tersebut tular di media sosial dan ramai yang mentertawakan warga asing terbabit.

Katanya, jawapan diberikan warga asing itu tidak salah kerana ia benar mengikut Mazhab Hanafi di mana mereka mengerjakan solat sunat rawatib itu seperti ia wajib.

Mereka tidak pernah tinggalkan Rawatib, mereka tidak pernah meninggalkan Qabliyah dan juga Ba’diyah termasuklah solat sunat witir.

Sebab itu brother ini sebut Subuh empat rakaat, bermaksud Subuh dua rakaat dan digabungakan dengan dua rakaat Qabliyah Subuh.

@akhiameer Sapa yang salah sebenarnya? #solat #mazhab #hanafi #syafie #maliki #hanbali #pakistan #bangladesh #india #tiktokguru #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – MOHD AMIRUL

4 months ago

"Perempuan Luar Sana, Masuk Kereta Tolong 'Lock'.." - Cuba Buka Pintu Kereta Orang Awam, Warga Asing Menyamar Jadi Wanita Dicari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...