Tular malam semalam di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang wanita tidak dikenali dikatakan dirasuk oleh roh pelakon terkenal Thailand, mendiang Tangmo Nida.
Video yang berlegar-legar di web yang berdurasi satu minit itu memaparkan wanita itu sedang meraung-raung dan menangis dan difahamkan turut memberikan petunjuk lokasi mayat mendiang Tangmo.
Menurut info, video itu telah dimuat naik di TikTok sehari sebelum penemuan mayat aktres berusia 38 tahun itu pada hari Sabtu yang lalu.
Menerusi klip video tersebut, wanita itu mengeluarkan suara seperti mendiang dan memaklumkan bahawa dia (Tangmo) sedang lemas dan kesejukan di bawah jambatan.
Tolong saya sejuk. Saya dah tak larat. Saya ada di jambatan. Saya lemas dalam air. Betul-betul saya sejuk!
Sesiapa sahaja tolong saya. Mereka tangkap saya dan tenggelamkan saya. Mereka tak bagi saya naik atas. Saya dah mati. Tolong saya, saya dah tak larat. Emak ayah tolong, Phit Baht (nama orang yang tak dikenali).
Wanita itu turut menyebut nama ‘Phi Baht’ dan memarahi individu itu kerana tidak menolongnya ketika tragedi menyayat hati itu terjadi.
Seakdar info, mayat aktres Tangmo Nida telah dijumpai lemas dan terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 Kilometer dari lokasinya terjatuh.
Pihak berkuasa tempatan Thailand kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.