(VIDEO) Tular Seorang Polis Trafik Dilanggar Penunggang Motosikal

Trending

(VIDEO) Tular Seorang Polis Trafik Dilanggar Penunggang Motosikal

Seperti yang kita tahu, tugas anggota polis trafik adalah untuk mengawal lalu kesesakan lalu lintas di jalan raya. Ia termasuklah kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya, jumlah kenderaan yang terlalu banyak sewaktu pergi dan pulang kerja dan sebagainya.

Selain itu, anggota polis trafik juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal pengguna jalan raya sekaligus mencuba untuk mengurangkan kesalahan jalan raya oleh pemandu di jalan raya.

Advertisement

Lelaki 'Gila' Solat Tengah Jalan
3 years ago

Tular Lelaki Solat Tengah Jalan, Polis Trafik Kawal Kesesakan

Tidak dinafikan, banyak sudah berita tentang individu yang tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang jalan raya dan sememangnya menjadi tugas polis trafik untuk membendung perkara sebegitu daripada berlaku.

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu di atas jalan raya adalah seperti memandu melebihi had kelajuan, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu dengan cara yang merbahaya.

Anggota polis trafik dilanggar seorang penunggang motosikal ketika menjalankan tugas

Menurut laporan KOSMO, sebuah perkongsian video yang memaparkan kejadian seorang lelaki menunggang motosikal secara melulu sehingga terlanggar seorang anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas telah tular di media sosial hari ini.

Menerusi video berdurasi 29 saat yang dikongsi di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Sukan Star TV hari ini, kejadian tersebut telah dirakam menggunakan dashcam salah sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku awal pagi tadi semasa keadaan jalan raya sangat sesak dengan kenderaan susulan waktu kemuncak orang ramai sedang keluar untuk pergi kerja.

Penunggang motosikal tersebut dilihat sedang mencuba untuk menukar lorong sebaik sahaja keluar dari sebuah selekoh sebelum terlanggar anggota polis trafik tersebut yang sedang berdiri bersebelahan dengan motosikalnya di jalan keluar dari selekoh itu.

Anggota Polis Trafik Dilanggar Penunggang Motosikal

Tangkap layar perkongsian video kejadian tersebut – Sumber Facebook Sukan Star TV

Pelanggaran tersebut telah mengakibatkan anggota polis trafik tersebut dilihat terjatuh bersama-sama dengan motosikalnya selain topi keledar yang dipakainya turut tercampak ke atas jalan raya.

Namun, tiada kecederaan yang serius berlaku kepada anggota polis trafik tersebut susulan daripada kejadian pelanggaran itu. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan waspada dengan keadaan sekeliling semasa menggunakan jalan raya supaya kejadian sama tidak berulang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...