Rakaman mempamerkan selebriti terkenal dari negara jiran, Luna Maya memarahi pekerjanya tular di media sosial baru-baru ini dan ia meraih perhatian ramai warganet.
Marah dalam bilik mesyuarat
Menerusi rakaman tersebut, Luna dirakam dari luar dipercayai oleh salah seorang pekerjanya juga dan ketika itu aktres tersebut berada di dalam bilik mesyuarat bersama beberapa staf yang lain.
Pelakon berusia 41 tahun itu yang memakai seluar jeans dan blazer tanpa lengan kemudian bangun dan memarahi pekerjanya di dalam mesyuarat tersebut.
Selepas ia tular dan menjadi bualan peminat industri hiburan negara itu, Luna tampil menjelaskan dan mengakui jarang melepaskan kemarahan terhadap pekerja.
Ujar Luna, dia lebih kerap memberikan mereka hadiah sebagai tanda terima kasih dan menghargai usaha serta hasil kerja yang memuaskan diberikan pekerja.
Ada ganjaran menanti jika mereka bekerja dengan baik. Syarikat turut memberi anugerah kepada pekerja cemerlang setiap bulan.
Selain itu, Luna juga berkata pekerjanya akan menerima bonus pada akhir tahun selain diraikan dengan majlis makan malam pada hari jadi mereka.
Wajar marah staf kalau buat salah
Mengulas lanjut tentang video tular itu, Luna menyifatkan ia satu tindakan yang wajar untuk memarahi pekerjanya jika mereka membuat kesalahan.
Saya sebagai ketua hanya mahukan terbaik. Kalau saya diam dan hasil kerjaya syarikat tidak memuaskan bermakna saya bukan pemimpin yang baik. Kalau jualan menurun dan teknik pemasaran gagal, sudah tentu saya tidak dapat membayar gaji mereka.
Tambah Luna, tidak kiralah bekerja di syarikat mana pun namun jika gagal melakukan terbaik pasti akan ditegur pihak atasan.
@makciiim Gedein volumenya🔈tonton sampe habis gais #fyp #lunamaya #corporatelife ♬ Asn – thsituan._.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyebelahi Luna dan berkata ia normal bagi seorang majikan untuk memarahi pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang bagus.