Tular rakaman memaparkan sekumpulan geng mat rempit menunggang motosikal melawan arus sehinggakan hanya lorong tengah sahaja yang dapat digunakan pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi rakaman itu, geng mat rempit tersebut dilihat memenuhi lorong kiri dan kanan jalan seperti ada acara khas yang diadakan. Tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku namun video tersebut telah meraih pelbagai komen dan reaksi warganet di media sosial.
Meskipun mendapat respon positif di TikTok namun lain pula di aplikasi X di mana ramai netizen mengutuk dan mengecam tindakan mereka ini.
Rata-ratanya meluahkan kebimbangan tentang masa depan negara dan sesetengah netizen turut mengkritik pihak yang menyokong tindakan geng mat rempit ini.
Ada Open Table.??
Malam minggu di bagan selalu tidak mengecewakan anak muda sekarang dan ibarat undang-undang negara tiada fungsi bagi mereka dan mereka tidak takut dengan undang-undang
DI MANA SILAPNYA🔥😩🤔…????? pic.twitter.com/5mLNjiYvcs
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 6, 2024
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.