Sebelum ini, pelakon, Datuk Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie turut berada di tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina.
Terkini, persoalan mengenai kehhadiran mereka di majlis tersebut terjawab apabila Netflix Malaysia memuat naik video promosi Extraction 2.
Menerusi video tersebut, Aaron bersama pelakon, Fify Azmi dilihat cuba menyelamatkan Iedil yang ditawan di puntu gerbang penjara Pudu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penonton meluahkan rasa bangga melihat pelakon tempatan seperti Aaron, Iedil, dan Fify kerana berpeluang untuk bergandingan dengan pelakon dari Hollywood.
Malah, mereka turut teruja mendengar Chris yang berbahasa menggunakan Bahasa Melayu di dalam video tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.