Satu video tular di media sosial baru-baru ini selepas ia mencuri perhatian warganet yang menonton malah turut mengundang sebak sehingga ramai akui turut mengalirkan air mata.
Menangis tengok hadiah, terus peluk bapa
Rakaman tersebut mempamerkan seorang pelajar perempuan sedang membuka hadiah pemberian bapanya di sebuah pondok berhampiran asrama sekolah.
Belum habis dibuka bungkusan tersebut, pelajar itu yang sudah ternampak apa yang dihadiahkan kepadanya terus menangis dan memeluk bapanya.
Bapanya menghadiahkan remaja perempuan tersebut sebuah telefon pintar baru jenis iPhone
“Untunglah dapat peluk ayah…”
Meskipun ramai yang berasa sebak menonton video tersebut namun sesetengah warganet dilihat memberi komen menceritakan pengalaman mereka yang sebaliknya.
Mereka berkata adik ini sudah dikira beruntung daripada mereka yang tiada hubungan sebegitu dengan bapa sendiri apatah lagi diberikan hadiah.
Broken home ni macam mana, untunglah peluk parents. Dapat peluk ayah pun saya dah kalah apatah lagi iphone14.
Ada yang sedih kerana tidak rapat dengan ayah dan segelintir pula sedih kerana sudah tiada lagi insan bernama bapa di dunia ini untuk dipeluk.