(Video) Tular: Lelaki Makan Kucing Hidup-Hidup Kini Jadi Buruan Polis

Trending

(Video) Tular: Lelaki Makan Kucing Hidup-Hidup Kini Jadi Buruan Polis

Walaupun bukan semua orang meminati kucing, tetapi sanggupkah anda mencederakan haiwan comel dan tidak bersalah ini. Sepatutnya kucing adalah haiwan yang perlu dilindungi oleh manusia bukannya untuk dicederakan.

Di Indonesia, polis sedang memburu seorang lelaki kerana satu video yang menunjukkan beliau sedang makan seekor kucing hidup di media sosial.

Kejamnya gila lelaki ini sanggup makan kucing hidup!

Dalam kejadian dipercayai di sebuah pasar utama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, lelaki berusia sekitar 40-an itu dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.

Advertisement

Oleh kerana itu, video yang telah tular di Instagram ini telah ditutup. Video ini telah dimuatnaik semalam daripada dua akaun Instagram dan ia mengandungi kandungan sensitif dan mencetuskan kemarahan semua masyarakat.

Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya.

Polis Metro Kemayoran dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat rakaman video itu dan memburu pelakunya namun belum ditemui.

Sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti motif tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.

Apakah dia stres, kami tidak pasti. Kita mahu tanya apa tujuan dia makan kucing di khalayak ramai, jurucakap polis.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu. Manakala yang lain pula mengaitkannya dengan unsur mistik.

Agak-agaknyalah dia ini sedar tak masa tengah makan kucing hidup ini? tak geli ke?

 

Sumber: COCONUTS JAKARTA

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...