Video Tular, Lelaki Dera Anak Tiri Sudah Ditahan Polis – KP Kuala Lumpur

Berita

Video Tular, Lelaki Dera Anak Tiri Sudah Ditahan Polis – KP Kuala Lumpur

Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki susulan rakaman video tular yang memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera oleh ayah tirinya dalam kejadian di Setapak, Kuala Lumpur, memetik Berita Harian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan video berkenaan dimuat naik di akaun Threads milik penyanyi rap Caprice (@capricedaddycap).

Advertisement
PDRMSumber : NEW STRAITS TIMES (M) BHD  

Menurut beliau, rakaman berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan suspek memukul, mengasari, menendang serta mengarahkan kanak-kanak terbabit berlari berulang-alik.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 tengah hari 19 Disember 2025 oleh pengadu, seorang wanita Melayu berumur 27 tahun yang juga ibu mangsa.”

“Kejadian berlaku di sebuah kediaman sekitar Setapak, Kuala Lumpur. Pengadu melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Susulan laporan tersebut, pada 20 Disember 2025, polis menahan suspek berusia 32 tahun yang juga suami pengadu serta ayah tiri mangsa. Lelaki itu kemudiannya dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025.

Dalam pada itu, Fadil menasihatkan orang ramai agar segera membuat laporan polis sekiranya mengesan sebarang kes penderaan, khususnya melibatkan kanak-kanak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed hana ismail
2026-02-13 13:22:48

Da'i Syed Fail Rayuan Penangguhan Hukuman, Kelibat Hana Ismail jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...