(VIDEO) Tular Kehidupan Terkini ‘CEO Batu’ Selepas Kontroversi Amang Seksu*l – “Siapa Rindu Dia, Ada Ja Ni…”

Kehidupan

(VIDEO) Tular Kehidupan Terkini ‘CEO Batu’ Selepas Kontroversi Amang Seksu*l – “Siapa Rindu Dia, Ada Ja Ni…”

Sebuah video di TikTok oleh @himpunanceritalawak kembali mengundang perhatian apabila memaparkan kehidupan terkini individu dikenali sebagai ‘CEO Batu’, yang suatu ketika dahulu merupakan influencer popular dengan jutaan tontonan dan pengaruh besar di media sosial.

Namun, popularitinya merudum dengan drastik selepas dia terpalit kontroversi serius, termasuk kes amang seksual, yang menyebabkan namanya tenggelam dan reputasinya runtuh dalam sekelip mata.

Advertisement

Dalam video yang tular itu, ‘CEO Batu’ kini dilihat menjalani kehidupan sederhana dan bekerja membuka sebuah kedai kecil, jauh berbeza daripada gaya hidup glamor yang pernah dipaparkannya ketika zaman puncak populariti.

Ramai netizen memberikan reaksi bercampur-baur ada yang bersimpati melihat perubahan hidupnya, manakala ada yang berpendapat jatuhnya seseorang setelah melakukan kesilapan besar adalah lumrah kehidupan yang perlu ditanggung.

Jangan lah kita mnghukum seseorang itu. kerana kalau kita cermin diri sndiri berapa banyak dosa yg kita pernah lakukan.. cuma aib kita jaa belum di buka.

Walaupun kisahnya penuh kontroversi, ramai bersetuju bahawa perubahan ini menunjukkan usaha untuk meneruskan kehidupan secara lebih tenang dan sederhana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusuf Azmi KO
2025-12-08 08:49:31

Kanda Yusuf Azmi Semboyan 'KO' Kepada Peninju Indonesia, Netizen Kritik - "Macam Boxing Cerita P Ramlee"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...