Pembaziran sudah tentu berlaku untuk para peniaga makanan tidak terkecuali mereka yang berniaga di bazar pada bulan Ramadan.
Baru-baru ini, tular rakaman mempamerkan peniaga-peniaga bazar Ramadan sedang membuang sisa minuman yang tidak habis ke dalam satu tong besar.
Difahamkan, sisa cecair yang dikumpulkan itu akan disedut oleh lori Alam Flora setiap hari untuk dibersihkan atau dikitar semula kemudian.
Kenapa tak sedekah?
Video tersebut telah menimbulkan pelbagai respon daripada ramai warganet terutamanya kritikan tentang pembaziran minuman atau makanan.
Rata-ratanya berpendapat makanan mahu pun minuman yang tidak terjual seharusnya lebih elok jika disedekahkan kepada orang yang memerlukan atau masjid.
Rupanya ada sebab kenapa ia lebih elok dibuang
Menerusi hantaran di Twitter, seorang individu tampil memberikan penjelasan mengapa sisa minuman atau makanan tidak sesuai untuk disedekahkan.
Kata individu tersebut, salah satunya adalah kerana adab bersedekah di mana sebenarnya tidak elok jika kita memberikan sisa minuman atau makanan untuk dihabiskan.
Nak bersedekah, biar dengan cara yang betul. Bukan dah tak laku baru hantar, itu bukan bersedekah, itu melupus namanya.
1. Risau food poisoning nanti masjid kena hadap.
2. Adab bersedekah bukan dengan sisa.
3. Benda ni kadang jadi waste dekat masjid pula dan ajk masjid pula kena buat kerja extra. https://t.co/PZ3QTnrHdP— rick 🇲🇾 (@r11ckkkkkkkkkk) March 17, 2024
Seorang lelaki kemudian memberikan gambaran situasi jika sisa tersebut disedekahkan kepada masjid dan ia akan menyukarkan pihak AJK kerana perlu melupuskan air atau makanan yang tak habis.
Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi ilmu dan menjelaskan tentang terma yang diguna pakai dalam penyediaan makanan.