March 31st, 2020

Sejak semalam, kecoh di laman Twitter mengenai kontroversi salah seorang anggota kumpulan hip hop K-Clique iaitu Tuju yang didakwa telah memukul teman wanitanya yang juga seorang penyanyi, Loca B.

tuju k-clique pukul loca b

Pendedahan mengejutkan itu dibuat sendiri oleh Loca B di Instagram Stories miliknya dengan menunjukkan kesan lebam di bahagian tangannya. Malah, dia juga mengakui teman lelakinya itu pernah bertindak kasar terhadap dirinya, namun tidak pernah memukulnya.

Genggam tangan sampai lebam

tuju k-clique pukul loca b

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Loca bertindak memadam video tersebut dan tampil pula memberi kenyataan lain. Dia masih mempertahankan Tuju dan bertegas bahawa dia bukanlah seorang kaki pukul seperti yang didakwa tetapi hanya seorang yang panas baran.

Netizen bengang 

tuju k-clique pukul loca b tuju k-clique pukul loca b tuju k-clique pukul loca b

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap Tuju selain ada diantara mereka mula ingin memboikot penyanyi itu akibat sikap panas barannya.

Agak mengelirukan sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Loca B. Mana satu yang betul? Fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu agar tidak mengundang fitnah.


6 responses to “(VIDEO) Tuju K-Clique Didakwa Pukul Teman Wanita Loca B?”

  1. Terung says:

    I dont like you loca B. Buuuu

Loading...