Pelakon Ameerul Asyraf Mohamad hari ini tampil mengaku bahawa lelaki dalam video aksi bercium dalam sebuah kelab malam yang tular sejak semalam adalah dirinya.
Ditemui media, Ameerul walau bagaimanapun menjelaskan bahawa video berkenaan adalah rakaman lama yang diambil sekitar tahun 2019 selain tidak mengerti mengapa ia disebarkan baru-baru ini.
Video itu juga turut diberikan kepada teman wanitanya yang dikenali sebagai Eyra Zirah sebelum ia dimuat naik kembali ke TikTok kerana kecewa dengan tindakan Ameerul.
Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kerana baru sekarang nak sebarkan?
Sebelum ini, teman wanita Ameerul itu mendedahkan bahawa pelakon berkenaan telah berlaku curang selain kecewa kerana lelaki itu telah berjanji mahu mengikat tali pertunangan pada tahun ini.
Sementara itu, Ameerul berkata dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra kerana wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok dan enggan memburukkan keadaan.
Jelasnya lagi, dia dan Eyra memang sedang berkawan namun tidak pasti dari mana munculnya dakwaan bahawa mereka akan bertunang.
“Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi penggambaran tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin.” kata Ameerul.