(VIDEO) “Top Notch Acting!” – Izzar Kagum Dengan Lakonan Isteri, Anggap Ummi Nazeera Patut Menang ‘Award’

Hiburan

(VIDEO) “Top Notch Acting!” – Izzar Kagum Dengan Lakonan Isteri, Anggap Ummi Nazeera Patut Menang ‘Award’

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa hantaran video memaparkan babak terakhir di dalam episode terbaharu drama, Risik Pada Hati yang telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi babak tersebut, watak Adam yang dilakonkan oleh pelakon, Alif Satar akhirnya telah melafazkan talak cerai kepada isteri pertamanya, Hayfa yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera.

Advertisement

Ternyata, ramai penonton yang menyukai dan memuji kualiti lakonan Ummi Nazeera yang ternyata memberi kesan mendalam pada peminat drama tersebut.

Bukan itu sahaja, suami kepada aktres itu, Dr. Izzar Anwari turut tidak ketinggalan memuji lakonan isterinya yang dianggap sebagai ‘top notch‘ dan wajar mendapat anugerah.

Padan muka kau Adam. Walaupun kau tak faham apa Hayfa rasa, at least kau merasa apa yang aku selalu dok kena.

“Terbaik scene ni. Patut menang award. Memang dok repeat scene ni supaya Hayfa marah Adam banyak-banyak kali,” tulis Izzar.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur membaca kapsyen suami aktres tersebut yang berseloroh mengatakan dia sudah terbiasa dimarahi seperti itu oleh isterinya.

Hahahahaha.. jadi Dr pun pernah juga la kena marah macam adam tu ye.. – netizen.

Tak jadi nak sedih bila baca caption, mesti Ummi garang dekat rumah,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azwan maki azza elite
2 years ago

"Kau Busy Jahit Sejadah Ke?!" - Dimaki Sebab Hantar Sejadah Lambat, Azza Elite Anggap Diva AA 'Selfish'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...