Baru-baru ini, tular di laman sosial Tiktok mengenai insiden kebakaran di sebuah pangsapuri. Rakaman yang dikongsi pengguna Afiqah Apandi itu nyatanya mendapat maklumbalas yang pelbagai dek tindakan murni jiran-jiran yang pantas membantu.
Difahamkan, kejadian bermula apabila tong gas terbakar di sebuah rumah di pangsapuri itu. Perkara itu disedari setelah orang ramai terdengar suara anak kecil meminta pertolongan.
Menerusi rakaman yang berjaya dirakam dari tingkap itu, seorang wanita kelihatan cemas dan takut sambil orang ramai turut sama membantu.
“Nak gugur jantung bila nampak tong gas tu dah terbakar, Alhamdulillah tiada siapa yang cedera”
Api akhirnya berjaya dipadam selepas tindakan bijak seorang penduduk yang menggunakan kain basah.
Senang cerita, semuanya yang disana patut dipuji kerana bersama-sama bantu untuk memadamkan kebakaran. Memang terbaik!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Malah mereka memuji sifat muafakat jiran-jiran yang sangat peka dan membantu.
Inilah sifat yang kita mahu, semoga tidak pupus semangat kejiranan ini ditelan era kemodenan ya.
Kalau korang nak dapatkan banyak lagi berita terkini, jom join Telegram kami!