(VIDEO) “Tolonglah Pakai Otak” – Keluarga Tonton TV Dalam Air Banjir, Netizen Pula Yang Risau Kena Renjatan Elektrik

Kehidupan

(VIDEO) “Tolonglah Pakai Otak” – Keluarga Tonton TV Dalam Air Banjir, Netizen Pula Yang Risau Kena Renjatan Elektrik

Negara pada ketika ini sedang dilanda musibah banjir terutamanya penduduk di kawasan Pantai Timur. Bencana yang sememangnya diramal berlaku pada setiap hujung tahun akibat peralihan monsun itu dilihat semakin runcing saban tahun.

Berikutan itu, setiap agensi dan badan-badan kerajaan terlibat telah mengambil langkah berjaga-jaga dan proaktif bagi membantu rakyat yang terkesan dengan bencana itu.

Advertisement

Namun, tidak pasti sama ada mengambil remeh atau hanya mengisi masa lapang, satu video memaparkan sekumpulan individu yang menggunakan peralatan elektrik di saat rumah hampir tenggelam ternyata membuahkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, beberapa individu dipercayai sebuah keluarga dilihat menyaksikan perlawan bola sepak dalam keadaan rumah dipenuhi air banjir.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen dan pandangan masing-masing yang rata-ratanya risau jika terjadi perkara yang tidak diingini.

Soalan serius, tak bahaya ke suis elektrik tu masih hidup? Hati-hati takut kena renjatan elektrik.

Ada juga yang menasihati mereka yang terlibat dalam bencana banjir agar mengutamakan keselamatan terutamanya berkaitan elektrik kerana sudah ada kes maut melibatkan 3 orang wanita yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

Netizen dalam pada itu menasihati keluarga itu agar mengambil iktibar di atas apa yang terjadi sebelum ini.

“Santai-santai juga, bahaya arus elektrik tu..” komen seorang pengguna media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rumah kelong banjir
2 years ago

(VIDEO) “Genius Pakcik Ni” - Pernah Kena Sindir, Usaha Warga Emas Bina Rumah Kelong Hadapi Banjir Berhasil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...