(Video) “Tolong Belajar Parking Dengan Betul”, Hantar Nota Kutuk Pemandu Lain Padahal Dia Yang Salah

Kehidupan

(Video) “Tolong Belajar Parking Dengan Betul”, Hantar Nota Kutuk Pemandu Lain Padahal Dia Yang Salah

Satu rakaman video dashcam di Singapura ini tular di laman sosial baru-baru ini. Dalam video itu, seorang wanita meninggalkan nota dengan pesanan sarkastiknya pada pemandu lain untuk belajar parking kereta dengan betul.

Dalam video ini dapat dilihat pemandu wanita yang memandu Mazda MX5 ini cuba untuk parking di ruang sebelah kiri kereta terbabit. Walaupun nampak macam payah tapi akhirnya dia berjaya juga parking di situ.

Advertisement

Tetapi yang sebenarnya, dia sendiri yang parking di tempat yang salah. Hmm macam mana tu?

kereta hitam
dua buah kereta
Kalau tengok pada gambar ini, itu bukan ruangan parking kereta pun! Agaknya mungkin sebabkan rasa bengang terpaksa parking sempit macam tu, itu yang ditingggalkan nota tu.

“Saya rasa awak kena belajar parking dengan betul lagi-lagi ruang parking dekat sini sangat lah terhad. Saya terpaksa keluar ikut pintu sebelah lagi satu tadi. Terima kasih.”

nota atas kertas putih
Bukan sahaja tinggalkan nota tapi wanita ini sempat ambil beberapa gambar kereta terbabit daripada depan, belakang dan tepi sekali. Mungkin marah sangat dah tu takpun nak jadikan ‘bahan bukti’.

Netizen pun ikut sama tak boleh ‘brain’ situasi yang berlaku ni. Nampaknya ramai lah yang label pemandu wanita memang tak pandai bawa kereta ni.

komen facebook
komen facebook
Harapnya adalah yang beritahu berita ni pada wanita tu. Malu pula fikir balik, kita yang salah tapi orang lain yang kena. Lepas ni kalau nak parking kereta, tengok dulu betul ke situ boleh parking okay?

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...