(Video) “Tiru Gaya Orang India”, Pengasas Produk Dikecam Tak Hormati Kaum Lain

Trending

(Video) “Tiru Gaya Orang India”, Pengasas Produk Dikecam Tak Hormati Kaum Lain

Baru-baru ini tular video seorang pengasas produk kecantikan yang menconteng muka menjadi hitam untuk tunjukkan keberkesanan produknya. Tak cukup dengan itu, dia turut meniru memek muka dan gaya percakapan individu berbangsa India serta memberi komen tentang kulit gelap mereka.

Tindakan melampaunya ini sememangnya mendatangkan kemarahan dari semua pihak. Bukan sahaja tidak menjaga sensitiviti sesama kaum tapi dia juga tidak menghormati individu berkulit gelap.

Advertisement

perempuan tiru black face
Pada permulaan video, dia ada menunjukkan gambar wanita berbangsa India dan menyentuh tentang isu kulit gelap. Selepas itu, dia menconteng mukanya menjadi hitam untuk meniru individu berkulit gelap semata-mata untuk promosikan produknya.

Bukan setakat hitamkan muka, dia juga turut memakai Bindi atau Pottu yang dipakai oleh kaum perempuan beragama Hindu. Malah, dia memberitahu produknya ini boleh membantu kaum India untuk memutihkan kulit muka.

Taktik murahan lariskan produk

Seorang pengguna Facebook terpanggil untuk berkongsikan pendapatnya tentang isu ini. Sebagai seseorang yang berbangsa India, dia sememangnya berasa marah dan terkilan dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, mereka yang berkulit gelap, tak kira lah bangsa apa pun, kulit gelap adalah sama cantik dengan mereka yang berkulit cerah. Tidak sepatutnya, mereka berasa kekurangan hanya kerana berkulit gelap. Tambahnya, sebab utama produk seperti ini dikilangkan dan dijual dengan murah kerana adanya permintaan untuk produk begini.

“Daripada kita mengamuk dengan mereka yang tidak sensitif macam ni, lebih baik kita berhenti menyokong produk sebegini dipasarkan”

Video yang tular ini juga turut mendapat kecaman daripada netizen kerana tidak menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia. Tak sepatutnya menggunakan taktik ini semata-mata untuk promosikan produk.

“Sedih kan bila others are so insensitive”

facebook
Ada banyak lagi cara nak buat promosi tanpa perlu sentuh isu perkauman atau agama. Sebagai rakyat Malaysia, kita kena lah tahu isu apa yang boleh disentuh atau tidak.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...