(VIDEO) Tindakan Seorang Guru Angkat Lalu ‘Campak’ Murid Tadika Undang Kecaman Netizen

Trending

(VIDEO) Tindakan Seorang Guru Angkat Lalu ‘Campak’ Murid Tadika Undang Kecaman Netizen

Kes dera ataupun sentuhan fizikal secara kasar bukanlah pertama kali di Malaysia lagi-lagi ianya terjadi kepada kanak-kanak. Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah apalagi dalam mendidik murid yang masih tadika. Hal ini demikian kerana ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mendidik mereka.

Hal ini berhubung dengan satu video yang tular di Facebook My Kuala Langat yang memaparkan video seorang wanita yang dipercayai cikgu di sebuah tadika di Selangor mengangkat seorang murid lelaki dalam keadaan marah.

Advertisement

Tidak berhenti di situ, dia juga turut seakan-akan mencampak murid berkenaan dan kejadian itu dilihat oleh semua murid yang berada di lokasi berkenaan.

Murid-murid yang berada di tempat berkenaan hanya diam dan memandang tindakan guru tersebut.

Video yang memperoleh hampir 3,000 perkongsian di Facebook mendapat kecaman daripada netizen dan turut kesal atas perbuatan yang cikgu berkenaan yang bukan menggambarkan ciri-ciri seorang pendidik.

Warganet berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...