Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan penumpang-penumpang MRT dilihat tergesa-gesa dan berlari kerana mengejar tren di laluan bertentangan gara-gara masa menunggu yang singkat.
Difahamkan, video itu dirakam ketika penumpang kedua-dua laluan MRT arah Kajang dan Putrajaya yang perlu menukar tren ketika waktu puncak di hari bekerja.
Timing kasi cantik sikit.. penat nk lari hari2? pic.twitter.com/VWt2T9ocEJ
— Ikmal Arif (@payottt) December 15, 2022
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsikan pengalaman mereka dan menuntut penjelasan daripada pihak prasarana mengenai kadar kekerapan serta waktu menunggu yang didakwa terlalu singkat dan tidak wajar.
Berikutan itu, pihak Prasarana memaklumkan bahawa kekerapan tren laluan MRT Kajang dan laluan Putrajaya adalah berbeza dan kekerapan kedua-dua laluan tersebut tidak dapat diselaraskan buat masa ini.
Mengambil maklum aduan pengguna, pihak Prasarana memaklumkan bahawa mereka akan menambah waktu tempoh tren berhenti di platform berkenaan selain menasihati pengguna agar sentiasa berhati-hati ketika berada di platform agar sebarang kecelakaan dapat dielakkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.