Video TikTok Gadis Berbangsa Cina Menggunakan Loghat Ganu Ini Mencuri Tumpuan Ramai

Trending

Video TikTok Gadis Berbangsa Cina Menggunakan Loghat Ganu Ini Mencuri Tumpuan Ramai

Kebolehan gadis berbangsa Cina ini dalam menggunakan loghat Ganu menarik perhatian ramai baru-baru ini. Walaupun ini mungkin perkara biasa untuk mereka yang tinggal di Pantai Timur, tetapi buat masyarakat di negeri lain ianya sangat mengagumkan.

Video TikTok Angellyn yang berusia 32 tahun ini memaparkan dia bercakap loghat Ganu menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Gadis ini akui selesa menggunakan loghat Ganu itu sejak berusia lima tahun lagi ketika membantu bapanya berniaga barangan alat ganti kenderaan.

Advertisement

“Saya sudah bergaul dengan orang Melayu sejak kecil dan faktor itu menyebabkan saya fasih berbahasa Melayu.”

Menceritakan mengenai zaman belajarnya dahulu, sesi persekolahan dan matrikulasi banyak membantunya menguasai Bahasa Melayu sehingga tidak kekok menggunakannya. Malah, dia juga turut menguasai bahasa itu dan memperolehi A1 di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walaupun berbangsa Cina, dia bangga boleh berbahasa loghat Ganu, manakala orang sekeliling juga lebih tertarik dengannya apabila dia bertutur menggunakan loghat Ganu berbanding bahasa baku. Selain itu, dia juga mempunyai 15 pekerja Melayu yang mendorongnya menggunakan loghat Ganu setiap hari.

Menurutnya, dia terkilan dengan sikap segelintir masyarakat Melayu yang masih berasa malu dan kurang yakin untuk menggunakan loghat Terengganu ketika dalam kehidupan seharian. Sepatutnya, mereka ini berbangga dengan loghat sendiri dan keunikannya yang tersendiri.

Selain daripada fasih menggunakan loghat Ganu, dia turut menggemari makanan orang Terengganu seperti budu dan tempoyak. Video pendek yang memaparkannya menyebut beberapa frasa dalam loghat Ganu itu mula tular dan menerima pujian daripada netizen sejak ianya dimuatnaik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...