(Video) Tiga Mayat Terbiar Atas Lantai Di Hospital Red Cross Wuhan, Mangsa Terkorban Kini 26 Orang

Trending

(Video) Tiga Mayat Terbiar Atas Lantai Di Hospital Red Cross Wuhan, Mangsa Terkorban Kini 26 Orang

Satu video yang dimuat naik ke media sosial China, Sina Weibo, menunjukkan keadaan dalam Hospital Red Cross di Wuhan yang sarat dengan pesakit.

Di koridor hospital, terdapat tiga mayat yang terbiar di atas lantai kerana tiada siapa dapat menguruskan mayat-mayat tersebut.

Advertisement

Video itu didakwa dimuat naik oleh seorang jururawat di Hospital Red Cross, Wuhan.

Bagaimanapun, video itu dipadamkan di Weibo tidak lama kemudian atas sebab tidak diketahui.

Video tersebut sempat dimuat naik ke Twitter. Video itu menunjukkan keadaan sebenar dalam hospital setelah wabak coronavirus atau virus Wuhan merebak di bandar itu.

Selimut dan beg plastik tertulis Wuhan Red Cross

Jururawat dalam video itu dilaporkan berkata:

Tiga mayat terbaring di situ sepanjang pagi. Hingga sekarang tiada siapa datang menguruskan mayat-mayat ini.

Doktor dan jururawat bekerja dalam keadaan begini.

Tiada seorang pun pemimpin di sini. Tak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Tarikh sebenar video ini dirakamkan bagaimanapun tidak diketahui.

“Orang jatuh ke lantai dan mati.”

Dalam pada itu, satu video lain menunjukkan mayat diusung oleh staf hospital sambil seorang awam bercerita bahawa individu yang terkorban itu tidak menunjukkan sebarang petanda sakit termasuk demam.

Dia tak demam, batuk atau menunjukkan simptom lain, dia hanya jatuh ke lantai dan bila kami periksa dia, dia dah mati.

Pengguna di Twitter bertanya:

Kamu berjalan di jalanan kemudian ada orang jatuh dan mati begitu sahaja. Apa telah terjadi?

Video pertama dipercayai dirakamkan di Bahagian ‘Kesakitan di Dada’ (jantung) manakala video kedua dipercayai dirakamkan di Rangkaian Hijau Kecemasan Strok China.

Sehingga kini, 26 orang terkorban akibat virus ini manakala lebih 800 kes telah disahkan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...