(Video) Tidak Dapat Lihat Mayat Buat Kali Terakhir, Staf Hospital Diserang Oleh Keluarga Pesakit COVID-19

COVID-19

(Video) Tidak Dapat Lihat Mayat Buat Kali Terakhir, Staf Hospital Diserang Oleh Keluarga Pesakit COVID-19

Memang perih untuk menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayangi sudah pergi buat selamanya. Tetapi walau bagaimanapun kita tetap perlu tabah dah menerima keyataan bahawa ‘yang hidup pasti akan mati’.

Umum mengetahui bahawa seseorang yang meninggal dunia akibat COVID-19 tidak dapat diuruskan seperti kebiasaannya, kerana boleh memudaratkan orang lain melalui jangkitan. Oleh itu, si mati perlu diuruskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Advertisement

Baca: “Cari Penyakit”, Satu Kampung Uruskan Jenazah Pesakit COVID-19

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian mengenai sebuah keluarga yang telah bertindak menyerang staf hospital di Mexico City selepas mereka dihalang oleh pihak hospital untuk melihat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh salah seorang staf di Hospital Besar San Pedro Xalpa Zone 48.

Daniel Zamorano, seorang jururawat, berkongsi foto wajahnya yang lebam akibat kejadian itu.

Anggota keluarga berasa kecewa kerana mereka dihalang daripada melihat saudara mereka yang telah dijangkiti.

Difahamkan, kejadian ini berlaku akibat kematian seorang lelaki yang berpunca daripada jangkitan virus COVID-19. Turut dikatakan si mati baru sahaja dimasukkan ke hospital pada hari Isnin yang lalu. Oleh kerana terkejut dengan berita kematian itu, ahli keluarga telah memarahi pihak hospital dan berkeras ingin melihat si mati.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita itu terus bertindak kasar terhadap staf di hospital tersebut sebaik diberitahu mereka tidak dibenarkan melihat si mati.

Mereka tidak melihatnya sejak dari hari Isnin dan atas sebab yang sama si mati perlu ikut protokol yang telah ditetapkan.

Dia tidak boleh dibebaskan. Dia perlu dikebumikan. Dia tidak seperti orang lain yang mati … Kamu tidak akan melihatnya lagi, dia mati di dalam hospital.

Kejadian berakhir apabila kakitangan hospital berjaya menghentikan huru-hara itu.

Pada mulanya Zamorano meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku. Namun tidak lama selepas itu, dia meminta maaf atas kenyataan dan video yang telah di muat naik seterusnya meminta agar orang ramai mengambil contoh tentang bagaimana virus tersebut mampu memberikan tekanan kepada dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...