(Video) Tidak Berpuas Hati Antara Satu Sama Lain Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol

Trending

(Video) Tidak Berpuas Hati Antara Satu Sama Lain Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol

Sejak dua menjak ini memang banyak kes buli jalan raya yang berlaku dan tular di laman sosial. Kes buli jalan raya ini bukan sahaja melibatkan pergaduhan sesama sendiri malah ada juga kes sehingga mengakibatkan kematian.

Terbaru kali ini, pergaduhan yang tular kini berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pergaduhan melibatkan dua lelaki berlaku difahamkan kerana rasa tidak puas hati mereka antara satu sama lain.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan di laman Twitter ini, kejadian bermula apabila pemandu kereta terbabit bertindak memotong van yang dipandunya dan menekan brek di hadapan kenderaan itu.

Akibat daripada brek mengejut itu, anak kepada pemandu van terbabit terhantuk kepalanya pada bucu tempat duduk kereta. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pemandu van mengejar kereta tersebut sehingga mereka berhenti di sebuah plaza tol berhampiran.

Video yang dirakamkan oleh isteri pemandu van itu mula tular dan mendapat perhatian netizen. Bukan sahaja kerana pergaduhan itu tetapi pergaduhan itu juga ditonton oleh anak pemandu terbabit yang masih kecil.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe, pemandu van terbabit mengalami kecederaan di lutut dan muka, manakala pemandu kereta itu pula cedera di kepala, tangan dan kaki. Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya bertimbang rasa kepada pengguna jalan raya yang lain untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...