(VIDEO) “Tiba-Tiba Jadi Bodoh Pulak..” – Mata Terbeliak & Badan Kaku, Hafidz Roshdi Berlakon Mental?

Hiburan

(VIDEO) “Tiba-Tiba Jadi Bodoh Pulak..” – Mata Terbeliak & Badan Kaku, Hafidz Roshdi Berlakon Mental?

Pagi tadi, pelakon, Hafidz Roshdi telah hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kali kedua kes tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sebelum ini, Hafidz telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, pelakon berusia 29 tahun itu disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

hafidz

Namun, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila melihat tingkah laku Hafidz ketika tiba di Mahkamah.

Menerusi video tersebut, bapa kepada dua cahaya mata itu dilihat berjalan sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar dan berjalan terus.

Malah, apabila ditanya oleh wartawan, Hafidz menjawab soalan tersebut secara sepatah-sepatah tanpa melakukan ‘eye contact’.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang mendakwa pelakon filem Tundukkan Playboy Itu sengaja berbuat sedemikian bagi mengelak dari dikenakan hukuman.

Bukan itu sahaja, ada segelintir pihak yang mengatakan Hafidz hanya ‘berlakon’ seperti orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz roshdi
2 years ago

Wajah Tenang, Hafidz Roshdi Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Pukul Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...