Perkongsian seorang individu di aplikasi X yang membandingkan pengarah terkenal, Michael Ang dengan seorang pemilik restoran bernama Ridzuan Ong yang melontarkan pendapat mengenai konflik peperangan di negara Palestin ketika ini telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Dalam perkongsian itu, Michael Ang memberi cadangan agar negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia untuk memaksa pemimpin Zionis dan Palestin untuk duduk berbincang bagi mengelakkan peperangan.
1. Michael Ang – Pengarah & Penerbit
2. Ridzuan Ong – Pemilik RestoranKedua-duanya Cina Muslim.
TETAPI hanya satu yang berjiwa Islam.
Periodt.REMEMBER: When you don’t pick a side in unfair situations, you unintentionally side with those causing harm.#FreePalestine pic.twitter.com/dQLqTBqXUT
— HELENA (@LVGIF) October 20, 2023
Ujar pengarah itu lagi, netizen adalah ‘bangang’ kerana menganggap dia sebagai seorang yang tidak tahu sejarah.
Manakala Ridzuan pula dilihat memberi ‘awareness’ mengenai sikap media negara barat yang lebih tertumpu kepada Zionis dan penghapusan etnik yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim itu terhadap rakyat Palestin.
Hasil perbandingan tersebut telah membuatkan netizen mengecam pendapat yang dilontarkan Michael Ang yang dirasakan seperti ‘bodoh’ dan mustahil.
Terdahulu, Michael Ang sebelum ini pernah mengkritik penyanyi Caprice gara-gara pendapat yang dilontarkan mengenai konflik peperangan itu sehingga dia dilabel sebagai murtad dan penyokong rejim zionis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.