(VIDEO) Tiada Rawatan Tertinggal Buat Adik Zarif, Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Netizen Sebak

Kehidupan

(VIDEO) Tiada Rawatan Tertinggal Buat Adik Zarif, Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Netizen Sebak

Satu perkongsian di Instagram @telekung_anna hari ini mungkin telah membuatkan ramai mengalirkan air mata apabila pemilik akaun berkenaan ada memuat naik satu hantaran video seorang budak lelaki dipercayai anaknya yang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa staff dan jururawat di sebuah wad hospital.

Difahamkan, budak lelaki berkenaan adalah Allahyarham Adik Zarif yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dialisis beberapa kali sehinggalah pakar perubatan sudah tidak mempunyai rawatan lagi buat si kecil ini.

Advertisement

Adik Zarif dilihat memeluk beberapa jururawat bertugas di wad difahamkan bertempat di Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur sebelum pulang ke rumah bersama ahli keluarganya.

Turut kelihatan jururawat bertugas mengalirkan air mata kerana terpaksa berpisah dunia bersama si kecil itu.

Manakala di satu hantaran yang lain, perjalanan adik Zarif bermula pada tahun 2018 dan perlu menjalani dialisis sehingga ke akhir hayatnya.

Setelah pulang ke rumah, adik Zharif dilaporkan meninggal dunia sembilan hari kemudian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen malah artis dan selebriti turut tampil memberikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh si kecil itu dicucuri rahmat.

Warga maya juga mendoakan agar ibu kepada anak syurga ini sentiasa bertabah menjalani hidup setelah kehilangan anak tersayang.

bantuan golongan b40
2 years ago

"Kerajaan Terlalu 'Suap' B40! Mana Adilnya" - Golongan T20 & M40 Berang Tidak Diberi Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...