(VIDEO) ‘Test’ Kelajuan Tak Kena Tempat, Lelaki Berbasikal ‘Melayang’ Dilanggar Kereta Mewah

Kehidupan

(VIDEO) ‘Test’ Kelajuan Tak Kena Tempat, Lelaki Berbasikal ‘Melayang’ Dilanggar Kereta Mewah

Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan beberapa penunggang basikal dipercayai sedang menguji kelajuan basikal mereka di satu kawasan jalan raya yang curam.

Namun begitu, salah seorang ‘cyclist’ itu telah ditimpa kecelakaan apabila dia telah terlanggar sebuah kereta mewah yang cuba membelok untuk masuk ke sebuah simpang pada waktu yang sama.

Advertisement

Difahamkan, penunggang basikal tersebut sedang menuruni bukit dengan kelajuan yang tinggi sehingga tidak sempat untuk menarik ‘brake’ ketika kenderaan tersebut membelok.

Namun, syukur kerana ‘cyclist’ tersebut hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kelihatan impak perlanggaran itu agak dahsyat dan ngeri.

Twitter

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat di mana ada sesetengah mereka menyalahkan penunggang basikal tersebut kerana mencuba untuk ‘test’ kelajuan di tempat yang salah dan sepatutnya bukan di jalan raya.

Namun ada juga yang menyalahkan pemandu kereta itu yang tidak memberi ‘signal’ untuk membelok.

Korang rasa siapa salah? Tak salah nak berbasikal tapi kalau nak cuba ‘test speed’ mungkin penunggang basikal boleh ke tempat yang lebih selamat lah kan?

TiktoK
3 years ago

(VIDEO) Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...