(VIDEO) Terus Berubah Riak Wajah, Rafidah Ibrahim Kantoi ‘Fake’ Menangis? – “Produser Filem Memang Cari Orang Macam Ini”

Trending

(VIDEO) Terus Berubah Riak Wajah, Rafidah Ibrahim Kantoi ‘Fake’ Menangis? – “Produser Filem Memang Cari Orang Macam Ini”

Semalam, tular di media sosial pelbagai jenis hantaran yang memaparkan kejadian ketika pihak berkuasa menjalankan tugas memecahkan pintu dan mengeluarkan semua barangan di dalam rumah selebriti dan aktivis, Rafidah Ibrahim.

Seperti yang ramai tahu, Rafidah sejak dulu lantang bersuara dan mempertahankan tapak perumahan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Advertisement

Situasi di mana Rafidah menangis dan meraung apabila tindakan tersebut dilakukan tular di platform media sosial. Bukan sahaja itu, Rafidah juga menyifatkan tindakan itu seperti tidak berhati perut.

Sementara itu, di laman sosial Threads pula tular potongan klip diambil daripada potongan video portal KiniTV yang memaparkan Rafidah di lokasi kejadian.

Menerusi klip pendek itu, Rafidah berada bersama beberapa orang bersamanya dilihat menangis dalam hujan namun didakwa hanya lakonan kerana riak wajahnya berubah serta merta.

Macam mana Pidah buat ek? Dia boleh stop nangis macam tu je… Produser filem memang cari orang macam ini.

 

View on Threads

 

Hantaran tersebut meraih perhatian pengguna Threads yang turut mempersoalkan tindakan Rafidahitu  dan menyindirnya mempunyai bakat lakonan.

Gitu je dia wayang.

komen netizen komen netizen komen netizen

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi penguat kuasa menjalankan operasi bagi melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 rumah teres di kampung itu.

Bagaimanapun, suasana kecoh tercetus ketika operasi itu sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera akibat rempuhan sekumpulan individu yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi.

2025-09-11 15:34:03

"Rafidah Ambil Duit, Tak Ambil Pampasan 2 Unit Kondo Yang Diberikan"- Salah Seorang Pemilik Rumah Kg Sungai Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...