Sedia maklum, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang wanita mengamuk di 7-Eleven kerana mendakwa anaknya telah dituduh mencuri.
Tindakan wanita tersebut telah membuatkan dirinya menerima kecaman yang hebat dari warganet kerana merasakan dia terlalu emosi serta tidak membuat apa-apa semasa anaknya memberontak dengan membaling barang-barang yang ada di kedai serbaneka itu.
Susulan isu terbabit, wanita tersebut telah pergi semula ke kedai serbaneka itu bagi menjernihkan keadaan yang sedang keruh serta meminta maaf kepada pekerja disana.
Bagi menunjukkan bukti kepada orang ramai bahawa dirinya datang ke kedai itu semula untuk melihat CCTV serta memohon maaf, wanita bernama Wan Nor Baizura ini telah melakukan siarang langsung di platform Facebook sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Melihat dalam video berkenaan, pekerja itu turut berkata anaknya tidak mencuri dan sedia untuk memaafkan wanita itu.
Dalam pada itu, wanita itu turut menangis teresak-esak ketika memohon maaf kepada pekerja disana dan sedar atas kesalahan yang dibuat olehnya.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata warganet meninggalkan komen positif dan meminta orang ramai untuk tidak terus menerus mengecam wanita ini, memandangkan dirinya juga sedar akan kekhilafan diri sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.