(Video) Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Lelaki Ini Sanggup Beli Rokok Sebatang Dari Kereta Sebelah

Trending

(Video) Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Lelaki Ini Sanggup Beli Rokok Sebatang Dari Kereta Sebelah

Bila dah terlalu lama tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, mesti ramai yang tak senang duduk kan? Masa ni lah mula rasa nak pergi tandas lah, nak minum tapi air tak ada. Kalau yang merokok pula, rokok habis masa jalan tengah sesak ni memang tak senang duduk dibuatnya!

Macam yang berlaku pada lelaki ini apabila rokoknya boleh pula dah habis masa tengah tersangkut lama dalam kesesakan lalu lintas atas jambatan Pulau Pinang. Nak tak nak, terpaksa lah minta pada kereta sebelah.

Advertisement

“Bang, hisap rokok dak? Nak beli sebatang boleh?”

minta rokok

Dalam video yang dirakamkan, lelaki ini membuka tingkap keretanya dan menegur pemandu kereta di sebelah. Dia bertanyakan sama ada pemandu tersebut ada rokok lebih ataupun tidak untuk dibeli.

Nasibnya baik apabila pemandu di sebelah nampaknya cukup sporting melayannya dan menghulurkan sebatang rokok. Mereka kemudian menghulurkan tangan dari tingkap kereta masing-masing untuk sesi ‘berjual beli’. Tapi pemandu tersebut cukup pemurah kerana menghadiahkan rokok itu secara percuma sahaja. Siap tolak lagi duit yang dihulurkan!

beli rokok

Kejadian ini dilaporkan berlaku di atas jambatan Pulau Pinang dan berlakunya kesesakan lalu lintas yang agak lama. Video yang dikongsikan di Facebook Penang Kini ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Katanya, brotherhood sesama perokok ni sememangnya kuat dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Kalau anda nak tengok video penuh, tonton video di bawah ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...