Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada bulan Jun lalu, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan suami telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertempat di ibu kota Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Sambutan yang diadakan secara intim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat itu difahamkan telah diadakan di Boathouse Ampang.
Menjengah ke ruangan Instagram Story penyanyi itu, dia ada berkongsi foto dan video yang diambil tetamu untuk tatapan peminatnya di luar sana.
Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad kelihatan cantik dalam persalinan putih suci minimalist manakala hiasan persandingan pula berkonsepkan timur tengah.
@xtra_my Sweetnyaaaa ?? Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad ? #xtramy #fyp #mizznina #majlis #kahwin #resepsi #serba #putih #beritaditiktok #sembangentertainment
Antara rakan-rakan artis yang turut hadir meraikan majlis tersebut adalah seperti Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim.
Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu telah bergelar isteri kepada penyanyi rap yang berasal dari Amerika Syarikat, Essam pada 15 Jun lalu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun bercerai setelah 11 tahun hidup bersama.
Perkahwinan Nina dan Noh diserikan dengan kehadiran seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.