(VIDEO) Terkunci Dari Dalam, Kereta Terpaksa ‘Digegar’ Untuk Kejut Anak Terlelap

Trending

(VIDEO) Terkunci Dari Dalam, Kereta Terpaksa ‘Digegar’ Untuk Kejut Anak Terlelap

Baru-baru ini tular rakaman pendek seorang ibu yang cuak kerana anaknya terlelap di dalam kereta dalam keadaan pintu dikunci dari dalam.

Menurut laporan seorang netizen, ibu itu katanya keluar sebentar untuk membeli barangan sebelum meninggalkan anaknya di dalam kereta.

Sejurus pulang, anaknya sudah terlelap didalam kereta. Risau dengan keadaan anaknya yang susah dikejutkan itu, orang ramai turut membantu ‘menggoyangkan’ kereta tersebut untuk mengejutkan si anak.

Advertisement

Cubaan berkali-kali itu gagal dek anaknya yang tidur mati. Eh apa kes?

“Mata memang nampak buka tapi dia tidur mati”

Pun begitu, usaha menggoyangkan kereta itu akhirnya berhasil kerana si anak terjaga dari tidur dalam keadaan mamai sebelum diarah untuk membuka pintu.

Kejadian ini nyatanya memberi maklum balas yang pelbagai dari warga netizen. Ada yang memuji tindakan orang ramai yang saling membantu. Ada juga yang melihat dari sisi lain dan menyalahkan si ibu.

Rata-ratanya turut risau jika anak itu terhidu racun di dalam kereta hingga mengancam nyawa. Yelah, macam-macam kemungkinan boleh terjadi.

Apa-apa pun, syukurlah anak itu selamat ya. Keadaan pun berlaku dengan sangat pantas. Mana mungkin si ibu sanggup merisikokan nyawa anaknya sendiri, betul tak?

Semoga perkongsian ini memberi iktibar buat kita semua untuk lebih berhati-hati selepas ini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...