(VIDEO) “Terima Kasih, Saya Dah Kahwin” – Kerap Buat ‘Live’ TikTok Dengan Sajat, Doktor Kacak Ini Jadi Tumpuan Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Terima Kasih, Saya Dah Kahwin” – Kerap Buat ‘Live’ TikTok Dengan Sajat, Doktor Kacak Ini Jadi Tumpuan Netizen

Hanya kerana sering membuat ‘live’ di aplikasi TikTok bersama usahawan kosmetik Sajat, nama Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad,28, ini nampaknya mula menjadi tumpuan warga maya.

Dek kerana memiliki rupa paras yang kacak, lelaki itu yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Melaka itu ‘dikenen’ pula oleh netizen dengan Sajat.

Advertisement

Menafikan bahawa dia kini buah hati terbaru Sajat, Dr Syed mengakui dia sering dihujani soalan ‘nakal’ itu.

Saya tak boleh elak mulut orang nak bercakap. Saya baca komen nakal dan spekulasi macam tu. Cuma ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan.

Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah berhadapan dengan Sajat di dunia luar dan menganggap siaran langsung yang dilakukan bersama usahawan itu lebih kepada perkongsian mengenai kesihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DR SAF’S Clinic (@drsyedaliffauzan)

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada Sajat kerana setelah beberapa kali muncul bersama dalam ‘live’ TikTok, jumlah penonton dan ‘likes’ videonya turut bertambah sekaligus membuatkan D Syed lebih bersemangat untuk mendedahkan kepada umum mengenai masalah kesihatan dan sebagainya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fuad rahman
2 years ago

"Tiada Istilah Dalam Proses" - Individu Dakwa Fuad Rahman Masih Suami Orang, Nombor Pendaftaran Cerai Di Singapura Tak Wujud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...