(Video) : Tentera US Nyanyi Lagu “Assalamualaikum Ustazah” Ketika Buat Persembahan, Viral Di Laman Sosial

Trending

(Video) : Tentera US Nyanyi Lagu “Assalamualaikum Ustazah” Ketika Buat Persembahan, Viral Di Laman Sosial

Sejak beberapa hari ini, tular di laman sosial apabila sebuah video menunjukkan sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) menyanyikan lagu kumpulan Khalifah.

Advertisement

Ketika video berkenaan dirakam, kumpulan kugiran yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson telah membuat persembahan di Experimental Theatre(Et) Faca, Universiti Malaysia Sarawak.

Apabila mereka menyanyikan lagu tersebut, ia terus mendapat sorakan penonton kerana lagu itu kini merupakan antara lagu popular yang sedang bermain di corong-corong radio tempatan ketika ini.

US pacific Fleet Band hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...