Tular di laman Twitter, satu hantaran video memaparkan kejadian ngeri dimana dua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut dirempuh ketika menukar tayar kereta yang pancit di tepi jalan.
Menerusi video tersebut, dilihat sebuah lori pasir yang berada di lane kiri memecut laju sebelum bergerak ke kiri jalan menyebabkan pelanggaran berlaku.
Menurut laporan Harian Metro, pada awalnya lori itu dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.
Pada masa sama, kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.
Susulan itu, lori pasir tersebut kemudiannya melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Video dashcam beberapa saat sebelum kejadian kemalangan. arwah tengah tolong orang KKM tukar tayar sekali kena rempuh dengan lori, agak mustahil brek lori tak makan sebab lori auto boleh brek selepas kejadian, kemungkinan driver lori sangat lalai samaada tengah main phone atau pic.twitter.com/W7Fx43bxSN
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 3, 2022
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai telah mempersoalkan cara pemanduan lori berkenaan yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
Macam sengaja pun ada, rapat ke kiri dan makin laju… serius. – Netizen.
“Kemungkinan driver lori sangat lalai samaada tengah main phone atau tengah feeling layan lagu janda,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.