(VIDEO) Tengah Beratur Tunggu Giliran Naik ‘Ride’, Sekali Ada Yang Terber*k Tahi ‘Terbang’ Jatuh Dari Atas

Kehidupan

(VIDEO) Tengah Beratur Tunggu Giliran Naik ‘Ride’, Sekali Ada Yang Terber*k Tahi ‘Terbang’ Jatuh Dari Atas

Biasalah kalau ada rasa takut bila nak naik permainan membabitkan ketinggian dan kelajuan dekat taman tema sebab ia akan mencabar adrenaline kita.

Sebab itulah selalu kalau di taman tema kita dengar jeritan di sana sini tetapi lain pula yang berlaku kepada pengunjung ini yang mengalami situasi menjijikkan.

Advertisement

Menerusi satu video yang tular di Twitter, sekumpulan pengunjung dilihat sedang menunggu giliran sambil menyaksikan satu permainan dipanggil ‘ride 360’.

Namun, tiba-tiba ada najis yang jatuh dan terpercik ke atas badan mereka dipercayai daripada individu yang sedang menaiki permainan tersebut.

Kejadian itu berlaku di China dan ramai warganet berasa loya nak termuntah selepas menonton klip tersebut kerana membayangkan bau busuk apatah lagi terkena pada badan.

Ada yang mempersoalkan bagaimana tahi boleh terkeluar semudah itu kecuali jika individu terbabit tidak memakai seluar dalam.

Bayangkan tengah mendongak langit sambil ternganga, lepas tu sesuatu memasuki mulut…”

Kalau jadi dekat korang apa korang buat? Loya tekak membayangkan bau busuk tahi tu.

2 years ago

"Kencing Bersepah, Kahak Kat Sinki.." - Wanita Luah Rasa Menyesal Kahwini Lelaki Pengotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...