(VIDEO) Temu Bual Anak Gadis Que Haidar Raih Perhatian, Netizen Terpukau Dengan Kecantikan Tengku Ratu – “Vibe Dia Classy, Boleh Jadi Model”

Trending

(VIDEO) Temu Bual Anak Gadis Que Haidar Raih Perhatian, Netizen Terpukau Dengan Kecantikan Tengku Ratu – “Vibe Dia Classy, Boleh Jadi Model”

Video temu bual Majalah Remaja dengan anak gadis pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine mencuri perhatian warganet di TikTok.

Menerusi video itu, Tengku Ratu ditanya siapakah ‘role model’ dalam hidupnya namun katanya dia tidak mengidolakan sesiapa tetapi kedua ibu bapanya.

Advertisement

Bagi Tengku Ratu definisi kejayaan dalam hidupnya adalah sekiranya dia dapat membuat kedua ibu bapanya bangga dengannya.

Saya hanya mahu buat apa yang menggembirakan mereka (ibu bapa). Jika mereka cadangkan atau mahukan sesuatu (dari saya), saya akan cuba sedaya upaya untuk dapatkannya.

tengku ratu

Tengku Ratu juga berkata ketika kecil dia menyaksikan bagaimana Linda Jasmine berjaya dalam kerjaya dan dia mahu menjadi seperti ibunya.

Dalam pada itu, Ratu berkata dia juga pernah menonton filem lakonan bapanya. Katanya, meskipun ramai menggemari lakonan Que Haidar di dalam Rock Oo namun dia meminati Malek kerana telefilem itu turut menampilkan dirinya ketika kecil.

Waktu saya kecil, saya selalu nampak ibu saya pergi AF (Akademi Fantasia) dan kebanyakan masanya dia tiada di rumah. Namun hanya ketika saya kecil…”

@remaja.my “Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?” Sebagai puteri kepada ‘golden couple’ dunia hiburan tanah air yakni YM Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau Que Haidar serta Linda Jasmine Hashim, gadis yang bakal meniti usia 15 tahun ini pantas memancing perhatian dek penangan pengaruh ibu bapanya itu. Tengku Ratu Haidar kini bersedia untuk melakar sendiri hala tujunya dalam dunia seni. Berbekalkan semangat dan dedikasi yang tinggi bagi menyempurnakan skil tarian dan lakonannya, Ratu menggarap peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical bagi mengejar impian dalam dunia seni atas usahanya sendiri. 📲SAKSIKAN video penuh di Youtube Majalah Remaja sekarang!! ⏰ #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #TengkuRatuHaidar #quehaidar #lindajasmine ♬ original sound – Remaja

 

Macam rupa model antarabangsa

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji kecantikan anak sulung Que Haidar itu yang dikatakan ala model antarabangsa.

Ramai berpendapat Tengku Ratu mempunyai aura ‘classy’ dan juga mempunyai pakej untuk menjadi seorang model suatu hari nanti.

komen netizen TikTok1

netizen komen TikTok2

Que haidar
7 months ago

Linda Jasmine Dan Que Haidar Tak Bagi Anak-Anak Ada Media Sosial - "Risau 'Upload' Benda Bukan-Bukan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...