January 15th, 2018

Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dilanjutkan sehari lagi bermula hari ini sehingga Selasa. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak.

Farid yang hadir ke mahkamah pada jam 11.30 pagi tadi dengan memakai kemeja denim dan berseluar lokap kelihatan begitu tenang sekali. Malah, Farid masih sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat dan rakan artis yang tidak henti memberikan beliau sokongan dan memberitahu beliau berada dalam keadaan sihat.

Turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada Farid adalah adiknya Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jamin dan Azhan Rani.

Terdahulu, Farid pada Khamis lalu ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis. Hasil ujian air kencing mendapati beliau positif dadah jenis ganja.

Farid kemudiannya direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

View this post on Instagram

EKSKLUSIF: Mahkamah memutuskan Datuk @faridkamilz disambung reman sehari lagi dan beliau dilihat memberi reaksi positif serta menjelaskan keadaan kesihatannya baik-baik sahaja ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas ditahan reman selama 4 hari. Laporan selanjutnya di #hlive jam 8.30 malam ini. Hos lokasi @ellyarifin Kredit 📹 @tqsuzzanna #hliveupdate

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : mstar Online & Berita Harian

Kredit Video : Instagram Official Hlive


32 responses to “(VIDEO) Tempoh Reman Farid Kamil Dilanjutkan Sehari Lagi”

  1. reen says:

    apebenda lah. Positif ganja je tu. Tau tak kalau kat luar malaysia ganja tu legal. sbb ganja tak membahayakan pun. ganja tu cuma buat kau happy dan malas. tu je. takkan buatkan kau ketagih atau ganas. benda ni dah ada proven research from university. tak perlu serenti bagai pun sbb dia takkan ketagih

  2. anonymous says:

    sumbat dlm pusat je badigol ni,menyampah betol besar kepala

Loading...