Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Kata orang, lagi ramai lagi meriah, rumah pun lagi bingit lah dengan suasana anak-anak kan. Haha..
Namun lain pula yang terjadi kepada si abang yang kelihatan hiba selepas dapat tahu yang dia bakal menerima adik perempuan. Ha kenapa pulak tu.
Menerusi perkongsian tersebut yang dimuatnaik di laman Twitter Siti_Ean, si abang yang dikenali sebagai Akif itu sebenarnya mahukan adik lelaki, bukannya ‘baby girl’.
Video yang dikongsi oleh si ibu nyatanya menarik perhatian ramai dek telatah Akif yang menangis didalam kereta kerana tidak dapat menerima hasil keputusan imbasan jantina itu.
“Akif taknak ikut ibu dah, taknak urut ibu dah”
Sambil dipujuk ayah dan adik beradik yang lain, si ibu juga terpaksa memujuk abang dan menenangkannya. Bukan biasa-biasa ye dik sedih, comel!
“Takpelah baby girl nanti boleh jaga sama-sama”
Jika dapat dilihat juga, ibunya turut memujuknya dengan berkata jika si abang sorang saja lelaki, ibunya pasti sayangkan dia lebih.
Rata-rata netizen turut terhibur dan geli hati dengan gelagat Akif yang mempersoalkan isu jantina itu. Lucu!