Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan pernah melalui zaman kegelapan masing-masing.
Namun apabila sudah terbuka hati untuk berubah dan diberikan hidayah, seseorang itu haruslah mengambil peluang untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Menerusi sebuah hantaran di laman TikTok, seorang gadis telah mencuri tumpuan netizen apabila dia nekad membuang tatu yang berada di tangannya kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi.
Perit untuk dilihat, ternyata ia bukanlah keputusan yang mudah kerana dia perlu berdepan dengan kesakitan yang amat sangat kerana dia perlu melalui beberapa proses.
Jika dilihat dengan teliti, kawasan tatu tersebut menghasilkan gelembung seperti kesan terkena ekzos panas setelah meletakkan krim putih di atas bekas tatu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa simpati dan beranggapan bahawa tatu itu wajar dibiarkan sahaja jika tindakan membuangnya lebih mendatangkan mudarat kepada tuan badan.