Jika sebelum ini tular mengenai warga emas yang memarahi seorang remaja gara-gara menegur dirinya kerana menghisap rokok di sebuah restoran.
Terkini, tular pula mengenai seorang lelaki yang memakai baju lencana kerajaan dilihat menghisap rokok di dalam kawasan restoran di Shah Alam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, seorang pengguna meluahkan rasa berang apabila lelaki dipercayai anggota bomba Malaysia itu berbuat demikian.
Sekarang ni dah boleh isap rokok dengan vaping ke kat kedai makan? pic.twitter.com/R8pKAOF0h2
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 10, 2023
Tak tau nak cakap macam mana lagi dah. Kalau tegur kang nanti mengamuk.
Bukan itu sahaja, pengguna tersebut turut kecewa melihat pegawai badan kerajaan sendiri melanggar peraturan merokok yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Peraturan dah ada, pelaksanaan tu lemah. Sekali pegawai badan kerajaan pun hisap rokok sekali. Memalukan. Sakit hati je tengok.
Dalam pada itu, dia juga meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan lelaki berkenaan dengan menularkan video berkenaan di media sosial agar pegawai itu dikenakan tindakan.
Sehingga kini, hantaran video tersebut telah mencecah 161.2K tontonan, 2.1K tanda suka, dan 1.7K ciap semula di laman Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.