Video Tassapon Disunting, Tony Fernandes Pertahan Nama Syarikat

Trending

Video Tassapon Disunting, Tony Fernandes Pertahan Nama Syarikat

Beberapa hari yang lepas, tular video yang memaparkan sebuah mesyuarat yang diadakan secara maya melalui applikasi Zoom.

CEO AirAsia, Tony Fernandes mempertahankan syarikat itu daripada dakwaan layanan buruk terhadap pekerja selepas video bersama Tassapon Bijleveld menjadi tular.

Advertisement

6 bulan lalu

Guna Perkataan Kesat Dalam Perjumpaan 'Online', Pengerusi Thai AirAsia Mohon Maaf

Memetik laporan Malay Mail, Tony dalam pelancaran podcast ‘Talks With Tony’ 28 Julai lalu memaklumkan pihak AirAsia mempunyai rekod mengenai peningkatan kaum wanita dalam syarikat mereka.

Tindakan Tassapon diakui mengejutkan

Sejurus video berkenaan tular, beliau mengakui bahawa tindakan Tassapon itu amat mengejutkan namun dia bersimpati dengan keadaannya yang harus menjalankan syarikat tersebut ketika wabak Covid-19 masih lagi menjejaskan industri penerbangan.

tony fernandes with tassapon

sumber – Air Asia

Alasan tekanan terus digunakan

Tony yakin bahawa tindakan Tassapon berpunca dari tekanan akibat kekurangan pekerja yang mahir dalam pengendalian dan selok-belok syarikat penerbangan.

Advertisement

Tidak pernah berat sebelah pada mana-mana jantina

Memetik dari The Vibes, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia tersebut telah memaklumkan yang dia yakin Tassapon tidak bersikap berat sebelah terhadap pekerja mengikut jantina.

Menurutnya, setiap orang mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengatasi tekanan namun cara yang tidak sepatutnya dilakukan itu mungkin tidak dapat dimaafkan.

Perkara ini memerlukan penjelasan daripada kedua belah pihak dan pihak syarikat akan mengambil keterangan daripada individu yang terlibat sebelum tindakan selanjutnya akan diambil terhadap Tassapon.

Video telah disunting?

Walau bagaimanapun, Tony yakin bahawa video yang tular memaparkan Tassapon seakan-akan mencelah dan menggunakan kata-kata kesat itu telah disunting untuk menjejaskan nama syarikat AirAsia.

Selain itu, beliau juga cuba menenangkan Tassapon dan mempertahankan pekerja mereka pada ketika itu yang dihadiri oleh 500 orang.

town hall airasia

Percubaan untuk mengeluarkan Tassapon dari mesyuarat

Tambahnya, dia juga cuba untuk memberitahu pekerjanya untuk mengeluarkan Tassapon daripada perjumpaan online itu namun tidak dipaparkan di dalam video.

Dalam perkara ini, Tony menekankan bahawa syarikatnya sentiasa menegakkan kepelbagaian dan diversiti untuk terus menyokong pekerja khususnya dalam kalangan wanita.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini ditempat kerja anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...