Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini dilihat ada menyambut hari kelahiran suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman di sebuah restoran terkenal.
Dalam keraian itu, rakan-rakan pelakon itu dan juga beberapa selebriti turut menghadiri majlis hari jadi yang diraikan sederhana namun mewah dan meriah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat dan mendoakan agar hidup suami Intan diberkati selain bahagia bersama isteri tersayang.
Namun, satu komen daripada individu ini telah menarik perhatian bukan sahaja netizen, tetapi Intan Najuwa juga.
Soal individu itu, kenapa badan Asraf selalu kelihatan berpeluh.
Maklum dengan pertanyaan itu, Intan mengakui bahawa suaminya memang kuat mengeluarkan peluh di badan apabila berada di tempat yang panas.
Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada ja orang jenis cepat berpeluh. Terutama bila di tempat panas.
Malah, Intan juga sempat menyindir pertanyaan individu itu yang dianggap tidak cerdik.
Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah. Penat nak jawab.
Terdahulu, Intan Najuwa telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf pada 18 Ogos lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.