Momen paling meruntun jiwa dan terasa begitu sebak saat melihat anak lelaki tunggal Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah Sinclair menangis teresak-esak di pusara bapanya.
Noah yang pada mulanya hanya diam, dilihat tiba-tiba menangis dan tidak dapat membendung lagi kesedihan tatkala melihat arwah bapanya disemadikan.
Lebih memilukan, Bunga Citra Lestari yang jiwanya sedang rapuh dan air mata tidak henti mengalir tetap menguatkan dirinya mencuba untuk menenangkan anaknya itu.
Noah menangis teresak-esak lihat jenazah bapa disemadikan
Hancur hati, netizen turut rasa sebak
Rata-rata netizen turut berduka dan sebak melihat anak kecil itu terpaksa menerima hakikat kehilangan bapa tercinta sekelip mata. Umum mengetahui dia begitu rapat dengan arwah bapanya itu dan tidak dapat membayangkan kehidupan yang bakal dijalani Noah tanpa seorang bapa di sisi.
Terdahulu, Ashraf disahkan meninggal pada jam 4.51 pagi Selasa akibat serangan jantung. Jenazah pelakon itu selamat dikebumikan selepas Asar di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

cintra
February 19, 2020 at 3:32 pm
cinta bcl pada ashraf betul2 terpanah di hati. bengkak matanya menanggis dan perlu menahan air mata demi noah. bila noah berhenti menanggis, bcl pula mengalir air mata. aduhai.. meruntun hati dan jiwa. semoga allah melindungi kalian berdua . berikan ketabahan dan kekuatan .
unknown
February 19, 2020 at 12:34 pm
ntah kenapa ak sgt terkesan dengan pemergian arwah.. mungkin dh terbiasa dengan cerita2 romantis mereka.. bertambah sebak tengok bunga mencari kekuatan untuk menenangkan si anak..
Anonymous
February 19, 2020 at 10:28 am
Mula2 aku x nanges tgk bcl mcm kumpul semua kekuatan die utk nmpk kuat tp bila tgk noah menangis teresak2 masa papa die dikebumi mmg berlinang air mata.. Semoga tabah bcl n noah.