Sebagai seorang manusia, pastinya terdetik rasa kasihan apabila ada seseorang meminta bantuan lebih-lebih lagi golongan warga emas.
Memuat naik satu video di TikTok, Muhd Shahirdin berkongsikan bagaimana dia menolong seorang lelaki warga emas yang memintanya air minuman kerana terlalu kehausan.
Memetik laporan mStar, lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu kelihatan sangat dahaga ketika air kosong diberikan kepadanya.
Selain itu, apa yang lebih menyayat hati apabila kedua-dua tangan pak cik yang dipercayai seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan yang ditugaskan sekitar Ampang, Selangor itu mengigil ketika meneguk minuman berkenaan.
Tambah Shahirdin lagi, dia tidak berniat untuk merekod pada awalnya tetapi akibat melihat kondisi lelaki itu, dia terus mengajak lelaki tersebut untuk masuk ke rumah dan menyumbang sedikit derma.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berasa kasihan dengan nasib warga emas itu dan ada juga yang memberikan nasihat supaya memberikan air berperisa kerana dipercayai menghidap penyakit hypoglycemia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.